(1) Terma dan syarat yang berikut ("Peraturan") dikenakan pada peraturan Pertandingan Dagangan Demo ini ("Acara"). Dengan berjaya mengambil bahagian dalam Acara, anda bersetuju pada dan akan mematuhi semua peraturan berikut. Sebagai penyedia Acara, kami berhak untuk mengubah suai atau membatalkan Acara pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
(2) Apa-apa terma yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini boleh ditentukan dengan merujuk terma berkaitan yang terdapat dalam penyata pendedahan produk kami atau perjanjian pelanggan.
Kelayakan
(3) Syarikat, mengikut budi bicara mutlaknya, akan menawarkan acara ini kepada pelanggan yang memenuhi semua syarat untuk membuka akaun ("Pelanggan yang Layak"). Pelabur yang Layak mestilah merupakan pelanggan Syarikat dengan akaun peribadi yang sah ("Akaun").(A) Pelabur mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mestilah belum mendaftar sebarang akaun dengan Syarikat.(B) Pelabur yang menyertai Acara adalah tertakluk pada syarat Syarikat dalam membuka akaun langsung berserta pengesahan identiti.
Peraturan
(4) Masa acara: 2024-04-01 ~ 2024-04-30.
(5) Setiap pelabur yang layak boleh menyertai "Pemburuan Trend Harian" hanya sekali sahaja bagi setiap hari dagangan.
r- Anda layak menyertai cabutan bertuah sebaik sahaja anda berjaya mengumpul tiga tekaan yang betul.
r- 3 pelabur bertuah secara automatik akan dipilih oleh komputer setiap hari dan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD $50.
(6) Berdasarkan kedudukan, pemenang "Kedudukan Bulanan" akan menerima hadiah seperti berikut.
r Tempat pertama: Tunai USD$300
r Tempat ke-2: Tunai USD$200
rTempat ke-3: Tunai USD$100
(7) Pengumuman keputusan pemenang acara ini dilakukan pada masa berikut:
- Pengumuman akan dibuat dalam tempoh 1 jam selepas pemburuan.
- Pemenang "Cabutan Bertuah Harian" akan diumumkan setiap hari pada pukul 10:00 (GMT+X).
- Pemenang "Kedudukan Bulanan" akan diumumkan pada hari pertama kalendar bagi bulan berikutnya.
(8) Pembayaran bagi hadiah wang tunai yang dimenangi dalam acara akan dibuat pada masa berikut:
- Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam baki akaun dagangan pelabur oleh sistem secara automatik pada hari pengumuman senarai pemenang dalam "Memburu Trend Harian".- Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam baki akaun dagangan pelabur oleh sistem secara automatik pada hari pengumuman senarai pemenang dalam "Kedudukan Bulanan".
(9) Sistem akan mengkreditkan hadiah wang tunai yang diperoleh daripada mengambil bahagian dalam acara ini ke dalam baki akaun dagangan pelabur secara automatik dan wang tunai ini boleh digunakan untuk tujuan dagangan serta boleh dikeluarkan (pengeluaran tidak akan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat).
(10) Andainya pelabur bersetuju untuk menyertai Acara ini (iaitu peserta yang berjaya membuat pendaftaran akaun dagangan dengan Syarikat), ini bermakna pelabur bersetuju sekiranya Syarikat menyiarkan sebahagian daripada maklumat peribadinya dalam APL. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk dokumen kami yang sah untuk mendapatkan butiran terperinci.
(11) Acara ini tersedia hanya di negara/wilayah tertentu sahaja dan pelabur mesti berkelayakan untuk membuka akaun di negara/wilayah ini untuk mengambil bahagian dalam Acara ini. Sebaliknya, semua undangan yang dibuat akan dianggap tidak sah. Negara/wilayah yang terlibat adalah tertakluk pada dasar dalaman kami dan dasar ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebelum mengambil bahagian dalam Acara, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi kakitangan khidmat pelanggan dalam talian kami terlebih dahulu.
Undang-undang
(12) Apa-apa kerugian dalam transaksi yang disebabkan oleh penyertaan dalam Acara ini adalah tanggungjawab keputusan dagangan pelanggan itu semata-mata dan kami adalah pengantara tunggal Acara ini. Seandainya terdapat pertikaian atau perkara yang tidak dilindungi oleh peraturan ini, perkara tersebut akan diselesaikan oleh pihak pengurusan Syarikat dengan cara yang dianggap paling adil kepada semua pihak yang terlibat, dan keputusan tersebut adalah muktamad bagi semua pihak yang terlibat.
(13) Komisen yang pelabur terima akan digunakan untuk membalas timbal baki negatif dalam akaun dagangan mereka, panggilan margin atau baki lain yang terjadi hasil daripada transaksi pelanggan.
(14) Jika semasa Acara berjalan, terdapat mana-mana orang yang didapati menyalahgunakan, melanggar perdagangan atau operasi, menggunakan apa-apa kelemahan, kesilapan, kegagalan atau kecacatan aktiviti Syarikat untuk menipu, atau memperoleh apa-apa ganjaran, keistimewaan atau lain-lain faedah (jika ada ) dengan membuat penyamaran identiti, cara automatik atau lain-lain cara yang menyalahi undang-undang, dan memperoleh apa-apa faedah di luar skop transaksi biasa, atau apa-apa pelanggaran perjanjian pelanggan, penyata pendedahan produk atau undang-undang lain, Syarikat mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan atau menggantung akaun pelaku tersebut serta melucutkan kelayakan orang itu daripada acara menurut Peraturan ini, dan juga berhak untuk mendapatkan semula apa-apa hadiah yang telah dibayar. Apa-apa kewajipan platform kami yang berkaitan dengan Acara juga akan dibatalkan.
(15) Jika pada satu-satu masa terdapat semua atau mana-mana bahagian peruntukan bagi Peraturan ini menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa juga keadaan di bawah undang-undang sesuatu bidang kuasa, peruntukan sedemikian tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan kesahihan, keesahan atau kebolehkuatkuasaan lain-lain peruntukan bagi Peraturan ini dalam bidang kuasa tersebut, mahupun akan mempengaruhi atau menjejaskan kesahihan, keesahan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan tersebut dalam bidang kuasa yang lain.